Rabu, 12 November 2008

tayangan bagu anugerah cipta dan perdana FFVPM 6

TAYANGAN BAGI ANUGERAH PERDANA CIPTA
8-10 Januari 2009
Jabatan Komunikasi,
Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,
UPM

Tayangan bagi Anugerah Perdana dan Cipta ialah tayangan bagi penyertaan yang dihantar kepada urusetia. Tayangan ini dibuat untuk memberikan peluang kepada pelajar serta orang ramai menonton hasil produk yang telah dihantar untuk menyertai festival filem dan video pelajar kali ini. Ini juga untuk memberikan peluang kepada penonton untuk menilai sendiri karya yang dipertandingkan. Dalam festival filem pelajar sebelum ini, orang ramai hanya dimaklumi pemenang pada Malam Anugerah tanpa dapat menonton hasil karya tersebut.
Untuk tujuan tayangan ini, dicadangkan hanya SEPULUH (10) penyertaan terbaik bagi setiap kategori dalam Anugerah Perdana dan Cipta dipertontonkan dalam tempoh tiga hari sepanjang festival berlangsung. Sepuluh penyertaan terbaik ini juga akan sentiasa diulang tayang dalam skrin Plasma yang dipasang di UPM. Penyertaan terbaik ini juga akan dipaparkan di portal Sinema Mlaysia, FINAS. Portal Sinema Malaysia akan menjadi laman sesawang utama bagi Festival Filem dan Video Pelajar kali ini.

tayangan filem-filem tempatan

TAYANGAN DAN APRESIASI FILEM TEMPATAN/ANTARABANGSA


8-10 Januari 2009


Dewan Za’ba,


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,


UPM
Beberapa filem tempatan yang telah ditayangkan atau belum ditayangkan di pawagan akan ditayangkan secara percuma bagi tujuan apresiasi pelajar dan penonton. Penerbit, pengarah, pelakon akan diminta hadir untuk berkongsi pengalaman serta mendengar pandangan daripada penonton dalam sesi soal jawab. Secara tidak langsung pelajar IPT dapat mempelajari teknik dan pengalaman penerbit, pengarah, dan pelakon dalam bidang perfileman dan penyiaran



KONVENSYEN PERFILEMAN

KONVENSYEN PERFILEMAN

8 Januari 2009 (9.00 pagi - 5.00 petang)
Dewan Banquet

UPM


Satu Konvensyen Perfileman yang khusus akan membincangkan peranan dan tanggungjawab institusi pengajian tinggi (IPTA) dalam melahirkan modal insan untuk mengisi keperluan industri perfileman dan penyiaran negara akan diadakan semasa festival ini berlangsung.
Perbincangan dalam konvensyen ini juga menjurus kepada aspek keperluan pendidikan dan latihan pada peringkat pengajian tinggi yang sepatutnya menjadi tonggak dalam melahirkan modal insan yang terdidik secara formal dalam bidang ini. Modal insan yang terlatih ini diharap dapat menghasilkan karya bermutu dalam mengisi keperluan industri perfileman dan penyiaran negara.


Resolusi daripada konvensyen ini akan dapat menjadi panduan kepada pembuat dasar dalam memartabatkan dan meningkatkan mutu perfileman di Malaysia.


Tema Konvensyen : IPT-Tonggak Modal Insan Industri PerfilemanSasaran

Penyertaan : Pembuat Dasar, Ahli Akademik, Penggiat Filem, Pengkritik Filem, Pelajar IPT

logo A.I PRODUCTION

bebaru ni aku ader try lah kan gune2 photoshop bali...nak design company nyer logo...jadi ader lah beberape yang aku dapat buat...jadi korang bagi lah komen yg maner sesuai...aku akan sertakan aper maksud logo tue...

gambar ini menampakkan mic dan headphone mengambarkan process rakaman dan juga bunga raye yang melambang kan ke malaysia an aku

logo ni tajul yg design..menunjukkan kuase


logo ini menggambarkan team work


yang ini sampai aku pon tak tau maksud nyer
jadi siler lah korang bagi komen yer...maner satu yang aku patut pakai

Selasa, 11 November 2008

menulis lirik baru - kehidupan dan cubaan

dalam seminggu lepas aku telah berjaya menyiapkan 3 lagi lirik untuk cite-cite aku membuat album E.P...process nak buat aku nyer album nie panjang sikit dari yang lain...sebab aku buat sendiri...record sendiri...lagu sendiri nak senang cerite semue aku buat sendiri.....process nakbuat lirik yang kali nie panjang sikit dari biase ....sebab aku membuat research yang agak mendalam berdasarkan pengalaman sendiri...dekat nak pecak kepale otak nie buat lirik nie..tapi akhirnya nak quote kate kate kinah....gile lah lirik kali nie tahap dewa maksud nyer....jangan marah..kalau korang nak bace...nanti aku upload kan...tapi esoklah sebab sekarang nie aku nak balik yang betul betul nyer...ksksks...chow

big boi .... 11 november 2008...11.24 p.m

super pitch presentation FFVPM6

PERBENTANGAN SUPER PITCH ANUGERAH PERDANA
8 November 2008 (8.00 pagi hingga 6.00 petang)
Makmal pidato dan Bilik Al Hadi
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM

Satu perbentangan Super Pitch bagi anugerah perdana akan diadakan bagi memberi peluang kepada semua pelajar yang telah menghantar proposal untuk Anugerah Perdana. Ini bertujuan untuk memilih 5 Video Pendek dan 5 dokumentari terbaik. Pelajar akan diberi peruntukkan berbentuk kewangan dan juga peralatan bagi menjayakan projek yang terpilih.

press conference FFVPM-6

SIDANG AKHBAR DAN PENYERAHAN CEK ANUGERAH PERDANA
10 November 2008 (8.00 pagi hingga 12.00 tgh)
Bilik Seri Amar
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
UPM

Majlis penyerahan cek dan Klinik sehari bersama Panasonic akan berlansung Pada 10 Januari 2008 bertempat di Dewan Za’ba UPM. Ini bagi memperkenal kan para pelajar yang telah terpilih untuk menyertai Anugerah Perdana. Klinik Bersama Panasonic pula akan berlangsung pada hari yang sama untuk mengajar para pelajar cara bagaimana untuk mengguna kan peralatan Panasonic bagi tujuan pengambaran.

pada hari isnin baru-baru nie atau senang nak citer semalam lah kan aku dgn segala hormatnye telah di jempot untuk menjadi MC bagi program sidang akhbar FFVPM6 bagi super pitch....beberape pemenang telah hadir pada acara tersebut...tahniah di ucapkan kepada semue yang menang antara universiti yang telah terpilih ialah:

  1. Uitm Melaka
  2. limkokwing
  3. Aswara
  4. Utar
  5. UMS
  6. Universiti Putra Malaysia

tahniah lah aku nak ucapkan ... aku tau bukan senang nak terpilih bagi acara nie...dier nyer process nak present tu pon cukup menyeksekan aku tau lah sebab aku yg organise ngan bebudak aku...tk luper kepada GG yg berpeluh satu badan...muakakka...ok lah sekali lagi tahniah...nak taip panjang aku tk ingat separuh yang terjadi...so korang kalau nak tau ko bace surat khabar kosmo esok...chow

big boi ...november 2008....11.15 p.m

sambungan

setelah lame tergendale blog ni baru lahader mamat sorang nie bagi semangat aku untuk sambung merapu dalam blog nie...byk yang telah terjadi sebenarnyer jadi aku akan sambung blog nie satu per satu tentang dari last aku entry sampai lah sekarang...entry kali ni hanya nak kasi tau korang yang aku masih lagi sehat sejahtera....cume sekarang nie dah turun 40 kg nak buat macam maner...bile dah kurus sikit makan pon malas...macam maner lah kan...tapi tk per di bawah ader lah list list aper yg telah terjadi semenjak aku dah lamer tk menaip merapu kat sini...bermule dari yg terbaru hingga yang paling leh aku ingat....

  1. press conference Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-6
  2. super pitch presentation FFVPM6
  3. menulis lirik baru - kehidupan dan cubaan
  4. meeting FFVPM6 yang ke 200 000 kali
  5. convocation day
  6. birthday along
  7. birthday mama
  8. aku raja ping-pong
  9. wenesday and thursday is takraw day
  10. raye
  11. puase
  12. pengerusi malam anugerah FFVPM6

selepas ini nantikan entry yang disenaraikan diatas...kalau lambat aku tk peduli pon...nk bace ko bace tk nak sudah...ok nak balik dah...lame sangat lat office nie...kang lebih lak over time aku...

big boi .. 11 november 2008....11.09 p.m