KONVENSYEN PERFILEMAN
8 Januari 2009 (9.00 pagi - 5.00 petang)
Dewan Banquet
UPM

Satu Konvensyen Perfileman yang khusus akan membincangkan peranan dan tanggungjawab institusi pengajian tinggi (IPTA) dalam melahirkan modal insan untuk mengisi keperluan industri perfileman dan penyiaran negara akan diadakan semasa festival ini berlangsung.
Perbincangan dalam konvensyen ini juga menjurus kepada aspek keperluan pendidikan dan latihan pada peringkat pengajian tinggi yang sepatutnya menjadi tonggak dalam melahirkan modal insan yang terdidik secara formal dalam bidang ini. Modal insan yang terlatih ini diharap dapat menghasilkan karya bermutu dalam mengisi keperluan industri perfileman dan penyiaran negara.
Resolusi daripada konvensyen ini akan dapat menjadi panduan kepada pembuat dasar dalam memartabatkan dan meningkatkan mutu perfileman di Malaysia.
Tema Konvensyen : IPT-Tonggak Modal Insan Industri PerfilemanSasaran
Penyertaan : Pembuat Dasar, Ahli Akademik, Penggiat Filem, Pengkritik Filem, Pelajar IPT

Tiada ulasan:
Catat Ulasan